PENGENALAN
Kajian
kami adalah berkaitan dengan peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan
idea-idea semangat kebangsaan. Dalam kajian ini kami memfokuskan tentang akhbar
dan majalah yang terlibat. Antara akhbar dan majalah yang kami kaji ialah
Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, Majalah
Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu. Selain itu, kami juga memfokuskan peranan
akhbar dan majalah yang terlibat. Antara
peranan akhbar dan majalah dalam
memperjuangkan semangat kebangsaan ialah mengkritik dasar British yang tidak
menguntungkan orang Melayu dengan menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan
semangat kenegerian. Selain itu, menuntut kedudukan yang lebih baik dalam
bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
· Akhbar dan isu yang dibangkitkan
Pada tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar ini berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu dengan melaui seruan-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun. Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu dengan menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian. Selain itu, menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Tokoh yang terlibat adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba).
Kebanyakan akhbar yang dihasilkan pada ketika itu adalah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar juga adalah dari segi sosial, pendidikan, ekonomi dan politik. Dari segi sosial, hal-hal yang dibangkitkan adalah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan dan menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha. Dari segi ekonomi pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, mengurangkan kemasukan pedagang luar yang boleh mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi. Dari segi politik pula, isunya ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
· Majalah dan isu yang dibangkitkan
Majalah juga memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. Majalah ini telah membangkitkan isu-isu seperti soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah, galakan pendidikan dalam kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam segala bidang, pentafsiran terhadap persoalan orang islam dan juga menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk. Antara majalah yang berpengaruh ialah Pengasuh, Majalah Guru dan Bulan Melayu. Pada tahun 1924, majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi. Isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah Guru ialah memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu, menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan meniupkan semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan.
Pada tahun 1930 pula, majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon
Sulaiman. Pelbagai isu telah dibincangkan dalam majalah ini dan kebanyakan isu
tersebut adalah berkenaan dengan wanita. Antara isu-isu tersebut ialah
menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru, perempuan Melayu Johor dan juga
menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri. Pada tahun 1918, majalah Pengasuh telah dikarang olah Dato’ Nik Mohamad.
Bermacam-macam isu yang telah dibincangkan dalam majalah ini dan kebanyakan isu
dibangkitkan adalah membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi
kemajuan ummah, menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu dan memperluas
ilmu dalam semua bidang.· Akhbar dan isu yang dibangkitkan
Pada tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar ini berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu dengan melaui seruan-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun. Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu dengan menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian. Selain itu, menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Tokoh yang terlibat adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba).
Kebanyakan akhbar yang dihasilkan pada ketika itu adalah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar juga adalah dari segi sosial, pendidikan, ekonomi dan politik. Dari segi sosial, hal-hal yang dibangkitkan adalah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan dan menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sifat negatif seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha. Dari segi ekonomi pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, mengurangkan kemasukan pedagang luar yang boleh mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi. Dari segi politik pula, isunya ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
· Majalah dan isu yang dibangkitkan
Majalah juga memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. Majalah ini telah membangkitkan isu-isu seperti soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah, galakan pendidikan dalam kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam segala bidang, pentafsiran terhadap persoalan orang islam dan juga menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk. Antara majalah yang berpengaruh ialah Pengasuh, Majalah Guru dan Bulan Melayu. Pada tahun 1924, majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi. Isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah Guru ialah memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu, menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan meniupkan semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan.
· Tokoh akhbar
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
· Tokoh Majalah Guru
Muhamad
Dato’ Muda Linggi dilahirkan di Negeri Sembilan. Beliau menamatkan pengajian di
Maktab Melayu Melaka pada tahun 1905. Setelah itu mengajar di Sekolah Kuala
Pilah, Johol dan Tampin dan kemudian berkhidmat di Pejabat Pelajaran Negeri
Sembilan. Beliau bersara pada tahun 1933 sebagai Guru Besar Sekolah Temiang
Negeri Sembilan. Juga adalah salah seorang pengasas Majalah Guru. Antara
karya-karya beliau untuk Sekolah Melayu adalah Chanai Bacaan, Teman Masa
Lapang, Pantang Larang Orang Melayu, Tawarikh Surat Khabar, dan Asal Tarikh.
Beliau meninggal dunia pada 7 Jun 1950 di Linggi, Negeri Sembilan ketika
berumur 69 tahun.
Muhamad
Dato’ Muda Linggi
· Tokoh Majalah Bulan Melayu
Zainon
dilahirkan di Nyalas, Melaka. Zainon
merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman
berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Zainon bertuah kerana Munshi Sulaiman
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pendidikan di kalangan anak-anaknya,
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi
masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain
daripada belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama
Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada
beliaulah, Zainon mendapat pendidikan
tidak formal. Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain
menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan
daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang perintis UMNOdan Ketua Kaum Ibu, UMNO.
Zainon
Sulaiman
· Pengajaran yang terdapat dalam akhbar
dan majalah
Pengajaran
yang boleh kita ambil dalam cerita di atas ialah kita perlu membangkitkan
kesedaran melaui karya kesusasteraan dan mewujudkan laman sosial berkaitan
semangat kebangsaan. Selain itu, kita haruslah mengadakan sayembara puisi atau
petandingan bertemakan semangat cinta akan negara. Mengadakan kempen semangat
kebagsaan melalui media.
Sesebuah
negara atau bangsa perlu ada akhbar dan majalah yang tersendiri bagi mengetahui
tenyang kemajuan dari segi ekonomi, sosial/pendidikan dan politik. Ilmu penting
untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa dan perlu mempunyai ilmu yang
secukupnya agar minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
· Contoh-contoh akhbar dan majalah
Warta
Malaya
Akhbar
Majlis
Utusan
Melayu
Majalah
Pengasuh
Majalah
Bulan Melayu
Majalah
Guru
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
peranan akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesedaran orang Melayu amat
jelas. Isu-isu berkaitann sosial, ekonomi dan politik yang disiarkan
menyebabkan pembaca mendapat idea baru
dan pendedahan tetang gerakan nasionalisme di luar dan di dalam negara. Mereka
dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi,
pendidikan dan politik.
Apa
yang kami dapat simpulkan ialah penting untuk memahami dan mengetahui tentang
kewujudan akhbar dan majalah di tanah air suatu ketika dahulu. Selain itu,
kemunculan akhbar dan majalah dapat membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai penceritaan yang tersendiri. Dengan pemahaman ini, maka dapatlah
generasi kemudiannya mengetahui dan memahami idea-idea dalam memperjuangkan
semangat kebangsaan.
Sumbangsaranan
daripada kami ialah masyarakat dapat mengetahui peranan akhbar dan majalah
dalam membangkitkan semangat kebangsaan. Selain itu, orang ramai dapat
mengetahui akhbar dan majalah yang terlibat dalam membangkitkan semangat
kebangsaan.
No comments:
Post a Comment